Sunday, February 27, 2011

aku =) ~~~

aku dah diriku...
aku dah tenang...even aku dah sendiri, xder tempat mencurah sayang n manje2,
aku stil leh kawal diri. mmg rasa rindu tu ada, sayang lgilah xkan berkurang...tp aku cuba bertahan.
jadi seorang perempuan yang ada tatasusila kemelayuan.. yang ada perasaan malu, x terhegeh2.. aku nak belajar jadi seorang perempuan yang matang. wlau hati berontak untuk membetulkan hubungan sekarang tp biarlah ia terjadi secara neutral bukan kerana aku yang mncari dia memohon maaf sebab sampai bila aku ja yang akan mempertahankan hubungan nih. semua terserah pada takdir dan masa yang menentukan. dan semua bergantung pendirian dan kehendak dia. kalau dia masih menginginkn aku pasti dia akan mencari aku and cuba memiliki hatiku semula walau bagaimana cara pon, bak kata teman baikku.
so, iz teruskan ja lah hidup kau seperti seorang perempuan biasa yang x punya apa2...thats all.

Friday, February 25, 2011

aku...

aku hipokrit kah sekrg....
aku senyum palsukah..
aku ketawakah...
aku gembirakah...
aku bahagiakah...
aku siapa...?
aku alone now..
nobody want me..
i'm nothing...
hati aku pedih..
jiwa aku sakit..
akal aku mendiam untuk waktu yang lama..
kenapa???kerana cinta? kerana cinta aku menanggis. setiap malam..setiap waktu..aku sayang dia...tp aku terpaksa tahan hati aku, rindunya ya allah saat melihatnya di depan mata...inginku peluk tp x sampai. aku bukan miliknya dan dia bukan kepunyaanku. pedihnya menerima semua itu. hati yang menangis dilindungi dengan ketawa yang dicipta.bingung..ya allah, napa dia sentiasa berdiam sekarang..kemana hilang senyumannya, tawanya....tidak bahagiakah dia dengan kebebasan ini...aku lepaskan dia pergi supaya tidak terikat dengan aku lagi...boleh buat apa saja sesuka hatinya, membuat keputusannya sendiri tanpa perlu ditentang aku.. aku xsuka itu dan ini.. aku x suka dia merokok, aku x suka dia nampak selekeh, aku xsuka dia dia direndah2kan oleh kawan2ku, aku x suka teman perempuan mendekatinya, terasa bagai aku ingin memeluknya supaya jangan pergi dari aku lagi tp siapalah aku....perpisahan yang kupinta diterimanya dengan rela hati...pasti dia juga sudah tidak merasa bahagia denganku.. aku pasrah dengan ketentuan-Mu. pergilah sayang...

Friday, February 18, 2011

SUAMI MITHALI IDAMAN ISTERI

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai wanita mengimpikan suami seperti ini?

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, ber syukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Thursday, February 17, 2011

bagai retak menanti belah

itulah ungkapan yang sesuai untuk situasi sekarang. tak tahu di mana silapnya. xtahu di mana kurangnya...x tahu apa seterusnya. perpisahan mungkin pengakhirannya. bertawakal.....itu sahaja yang mampu ku lakukan sekarang, setelah pelbagai usaha di lakukan. kerap kali hal ini di bincangkan namun tiada kesudahan. hati yang sering kerisauan kini mulai diam, hilang pengharaban menanti sesuatu yang x pasti. mulai pasrah dengan ketentuan ilahi. andai berpisah terbaik jalannya. berarti tiada jodoh. usah bersedih, tersenyumlah wanita sekurang2nya dia pernah hadir dalam hidupmu membuat kau rasa di sayangi walaupun hanya seketika. FULLSTOP.

Tuesday, February 1, 2011

bla...akuh duduk sorang2,aku mula berangan yang bukan2. aku terbayang kalau lah di takdirkan orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku selamanya. terutama dia yang baru hadir dalam hidupku. menjadi sebahagian dari diriku. menjadi orang kedua paling penting dalam hidupku selain makabah. kalaulah ditakdirkan dia pergi atas sebab2 yang tidak dapat dielak. aku tak akan bersedih dan menangis, tapi aku bersyukur dapat mengenalinya dan menjadi temannya dikala susahnya dahulu, dan aku tidak akan membencinya kerana sekurang2nya dia pernah membuat aku bahagia. mungkin aku akan menjadi teman setia lagu yang digurindamkan p.ramlee...sekarang aku mampu mengikut lagu itu dengan perasaan damai di hati namun jika anganku menjadi benar mungkin aku hanya mendengar lagu itu dengan sayunya hati,tiada lagi merdu iramanya, tiada lagi damai d hati, tiada manis gurindamnya ...



roomate akuh bertukar!

servis bertukar tangan..haha....roomate akuh dah bertukar sem nih...nasib aku slalu cm gini kan...selalu dapat roomate yang bkn classmate...paham x???ha??pham kan....roomate aku sem ni still sama, budak mechi....bdak mekanikal dalam bahasa ibuda nya...huhu..tp apa2 pon best jer...bdak2 nih satu kepala bleh masuk...ramah jugak lah....boleh diharap untuk jadi pengikut akuh...haha...semua muda dari akuh...so senier la akuh ni dalm umah tuh...wawahwah...(gelak nak membuli).. ceh tapi jgn wisau adek2 kuh...akak ni xlah sekejam mana...sopan santun orangnya...hihi...bak kata en.saifuddin aku mmg perasan...=)..rumah tu sepatutnya kena muat 8 orang.. tp entah kemana lg 3 org...so yg aku tahu bdak umah aku lani, ekin, mai, and ana(oppss terlupa lak dia ni sma umur ngn aku..n lbih senier dr aku part6 hahaha....) and the last one kak intan yang selaku menumpang umah tu coz aku paksa dia duk ngan aku haha....bkn per sian lak dia duk jauh nun d blok A...so aku sebagai manusia yg berkeperimanusiaan melahirkan rasa kasih aku sesama manusia dgn membenarkan dia duk sebilik ngn akuh...roomate akuh pon suma x kisah...so..kami pon hidup bahagia...happy ending.
kepada adek2 akak iz, belajar leklok ea korang...jgn jd cam kak izz, tmbah lg satu sem semata2 berkorban tuk org len...sayang diri sendiri dulu...bru syg org lain k....anything happen, i'm never feel sorry about what i have been doing. i will survival.