Wednesday, November 25, 2009

ULAMA berbeza pendapat berkenaan suara wanita, ada yang mengatakan fitnah, ada yang mengatakan suara perempuan bukan aurat.

Begitu juga dengan hukum nyanyian. Disebabkan hukum berkenaan, perkara ini berasaskan ijtihad ulama saja iaitu pemahaman masing-masing kerana tidak ada teks jelas, maka dibolehkan mengambil mana-mana pendapat kerana dalam ijtihad tidak ada yang salah.

Ada hadis yang menceritakan mengenai beberapa orang jariah (pembantu) wanita kepada Aisyah r.a. bernyanyi dalam rumah hingga didengari Abu Bakar yang kemudiannya memarahi mereka tetapi Rasulullah s.a.w. membenarkan mereka terus menyanyi.

Bahkan diriwayatkan yang Rabiah Adawiyah mencari makan dengan menyanyikan nasyid yang mengingatkan manusia pada Tuhan.

Secara ringkas ulama yang membolehkan wanita menyanyi pun meletakkan beberapa syarat antaranya, nyanyian berkenaan tidak menaikkan syahwat dari segi penampilan wanita, senikata mahupun suara juga sebarang perkara yang menolak ke arah haram seperti percampuran lelaki dan perempuan.






SEORANG suami yang minum atau menghisap air susu isterinya tidak jatuh talak. Ini disebabkan suami tidak menjadi anak susu isteri walaupun dia menghisapnya kerana syarat menjadi anak susu ialah kurang daripada dua tahun (bayi) dan minum lebih daripada lima kali hingga kenyang.
Dalam keadaan biasa, si suami tidak akan menghisap susu isteri hingga kenyang dan tertidur seperti bayi.
Oleh itu, tidak jatuh apa-apa hukum jika suami menghisap susu isteri. Cuma sebaiknya, dinasihatkan supaya mengurangkan kadarnya jika masih ada bayi yang menghisap susu ibunya takut hak bayi akan menjadi kurang jika terlebih hisap.


Harus hukumnya seorang isteri mengambil wang suami sekadar yang diperlukan jika suami tidak mahu memberi nafkah wajib ke atasnya. Apalagi jika wang itu digunakan untuk keperluan harian dan perbelanjaan anak.
Isteri yang bekerja tidak dikira banyak atau sedikit gaji, tidak menggugurkan kewajipan suami memberi nafkah.
Bagaimanapun, jika isteri dengan rela hati membantu suami dengan gajinya, isteri akan mendapat pahala yang sangat besar.



No comments:

Post a Comment