Tuesday, October 20, 2009


saat berlalu tanpaku sedari,

aku terlalu leka dengan jalan hidup,

mencari tujuanku tanpa tahuku,

aku merenung ke langit,

mencari cahaya yang menerangi bumi ini,

seperti cahaya itu mampu tersenyum kepadaku,

namun aku kembali bersedih,

kerana awan menutupi matahariku,

di tambahi dengan kilat memancar,

hujan membasahi bumi,

aku ketakutan sendiri,

mengapa harus ada ciptaan yang sebegini rupa,

kemudiannya hujan berhenti,

langit kembali cerah,

matahariku kembali lagi,

aku tersenyum,

namun kali ini lebih lebar,

aku teruja,

aku terkesima seketika,

ada pelangi turut menghiasi,

betapa besarnya kebesaran Allah.

"MOGA AKU SELAMANYA SENTIASA MERASAI KEMANISAN HIDUP INI"

No comments:

Post a Comment