Thursday, October 22, 2009

hari ini aku baru mengetahui bahawa kata katanya cuma menyayangi aku dan aku adalah segala-galanya pada dya adalah dusta belaka. ternyata kawan-kawannya adalah segala-galanya pada dya, dan aku tak pernah menafikan kawan -kawan adalah yang paling penting dalam kehidupan. aku bukan tamak untuk memiliki dirinya untuk diriku saja, dan tidak pernah pon aku berkecil hati saat dia bersama kawan-kawannya kerna aku faham seorang lelaki remaja amat menghargai saat-saat remaja mereka mengutip kenangan bersama teman-teman sementara menanti usia dewasa. namun sungguh aku perasaanku terhiris saat aku membaca sms dari handfonenya. betapa sayang dya pada kawan-kawanya sehingga sanggup meninggalkan aku" awat, hang nak aku tukar yang len ka?" sampai mati akan aku ingat kata-kata itu.begitu mudah aku ditukar gantikan.aku tak penah menghalang dengan siapa dya berkawan. aku tak pernah minta dya memilih antara aku dan kawan-kawan dya, tapi kalau kawan dya sendiri mintak agar dya mamilih mereka. aku lepaskan jika itu kebahagiaan dya...pergilah dan tak perlu buang masa mengucap kata cinta hanya sekadar di depan sedangkan di belakang rasa cinta itu hilang dan dipandang sangat rendah nilainya. aku tak pernah meminta agar dya bersam saat susahku, aku tak minta dya menemani setiap kali aku pulang berjalan, aku tak pernah paksa dya tuk jadikan aku yang pertama dalam hidup dya. sedarlah wahai lelaki bahawa kamu perlu ada pendirian dalam hidup agar kau tidak dikatakan dibuli oleh teman wanitamu.. . dan hari ini jugak persepsi aku terhadap lelaki kembali seperti dahulu. jangan menangis iz..... jika tiada yang menyayangi kerana aku masih punya keluarga aku. walaupun keluarga aku tak pernah mempedulikan aku,tapi aku bahagia. kerana sekurang-kurangnya aku berbintikan seorang ayah yang tetap mengakui aku anaknya. dan aku tak pernah kisah walau aku perlu hidup berdikari sedari dahulu sampai sekarang, sekurang-kurangnya aku tak perlu jadi seorang perempuan lembik, cengeng, manja, dan yang paling penting aku tak akan jadi seorang yang terlalu bergantung pada orang lain. cinta.....mengapa kau datang cinta???kenapa aku tak pernah sedar bahawa cinta bukan untukku. aku xlayak untuk sesiapa pon, kerana semua lelaki takkan pernah faham cara aku, takkan pernah kenal aku, aku berbeza, aku x punya apa-apa kelebihan malah banyak kekurangan dan aku tak punya siapa-siapa. namun aku bahagia saat melihat teman-temanku tersenyum saat mereka di sampingku biar pon aku perlu menjadi seorang badut agar teman-temanku tertawa. kerana kebahagian orang lain mampu mengisi kekosongan di hatiku.
din,
aku tak pernah lupa jasa hang bila dengan aku. selama ini aku ikhlas menyayangi hang tapi aku lupa x semstinya sayang kita di balas, xsemua cinta bersatu, hidup perlu berani terima kenyataan. dan aku jugak mintak maaf kalau aku selalu menyusahkan hang dengaan masalah-masalah aku, selama ini setiap celoteh orang tentang kekurangan hang sentiasa aku pertahankan dan aku tak pernah malu untuk mencintai lelaki bernama saifuddin sebab aku percaya hang boleh berubah dengan kasih dan sayang yang aku berikan. tapi pedihnya hati aku bila aku merasakan yang hang mungkin malu selama ini bersama aku sebab aku bukan siapa-siapa, tak secantik perempuan lain. kadang-kadang, aku terfikir....kerana aku terlalu mencintai hang aku nak bagi yang terbaik untuk hang, aku cuba ubah saifuddin yang dulu agar lebih punya rupa supaya ada perempuan yang nak mendekati, dan moga perempuan tu punya rupa paras yang baik dan sempurna budi pekertinya. dan saat itu aku dari jauh tersenyum melihat hang bahagia. kerana aku bahagia melihat hang bahagia biar pon perempuan tu bukanlah aku.

No comments:

Post a Comment