Saturday, November 21, 2009

pelengkap pada kekurangan

terasa banyak persamaan yang dirasa pasangan bercinta. Terkadang perasaan bagai dapat merasakan dengan kuat bahawa dia adalah jodoh yang allah swt tentukan pada kita. di saat kita bersedih,dia menghulurkan tangan,daripada resah yang menghantui diri.
Disaat kita hiba, dia cuba membuat kita tersenyum sehingga luka berlalu.
Dia tidak akan bersikap pura-pura di hadapan kita. perlakuannya bersahaja.
Pernah terkentut, buat tabiat buruk dia(makan straw, gubah rambut, mudah terkejut.

Terima kita seadanya
walaupun gemuk, kasar,tidak peduli siapa kekasih lama yang penting sekarang kita milik dia. tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini,apa yang penting siapa kita sekarang.
Saling mempercayai
tidak menghalang pergerakan kita. tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata teman rapat tentang kita kerana dia perlu tahu bahawa dia lebih mengenali kita berbanding teman-temannya. percaya bahawa segala rahsia dirinya yang pernah diceritakan selamat disimpan oleh kita. tidak menyembunyikan kisah silam dirinya dan sudi berkongsi bagi mengurangkan beban masing-masing.
Memahami diri kita
faham diri pasangan( ketika sakit dia bawa kita ke klinik, apabila kesusahan dia membantu kita, di kala kita berleter dia menjadi pendengar. ketika terpaksa kesana berjalan kaki, walau sejauh mana dia setia di sisi, dia memegang erat tangan kita waktu melintas jalan,walau tidak diminta tapi dia mengerti kelemahan kita melintas, saat kita menangis ketakutan kerana bunyi yang ditakuti,dia memeluk kita seperti ingin melindungi, saat kita berdiam dia tahu kita sedang di belenggu masalah, di masa hidup kita tidak teratur,dia hadir membuat semuanya sempurna) dia setia bersama anda walau susah dan senang.
Tampilkan kelemahan
tiada siapapun di dunia ini yang dilahirkan sempurna,pasti ada kekurangan dan dia tidak pernah bangga dengan kelebihannya tapi melengkapkan kekurangan kita. (kalau kita takut menonton cerita seram,dia disisi setia mengorbankan lengannya menjadi mangsa digenggam kuat kerana kita takut dan tidak pernah menepis, kalau bibir penuh sisa makanan kita setia membantu mengelapnya, kalau seorang yang mudah lupa dia selalu mengingatkan, kalau kita jenis yang berpenyakit gastrik,dia sentiasa mengingatkan tentang makan, kalau migrain dia mengelakkan kita terkena terik matahari, ketika kita lemas di pantai kerana tidak tahu berenang dia menjadi penyelamat walaupun dia sendiri tidak pandai berenang)
Mimpi
Mimpi adalah mainan tidur namun selepas kita solat istikharah untuk memohon petunjuk dari allah tenteng yang terbaik untuk kita,insyaallah kita akan mendapat mimpi petunjuknya, ianya amat berguna....insyaallah hampir sahaja umurku bersedia mendirikan rumah tangga, aku akan melakukannya untuk menentukan adakah dia tercipta untukku.
Kata hati
pokok pangkal adalah hati, kata hati kita yang menguasai perlakuan kita. kita tidak akan menerima dia dalam hidup kita andai hati kita tidak bahagi dengannya. walau bibir tidak mengungkap sayang,namun hati yang mendorong perlakuan (mengambil tahu hal pelajarannya, ada duit untuk makan atau tidak, cuba membantu semampu yang boleh walaupun dia tidak pernah tahu pengorbanan yang kita lakukan itu, hati turut mendoakan kegembiraannya saat melihat dia bahagia walaupun dia pergi bersama teman-temannya) sudah cukup untuk melafazkan bahawa dia mencintai kita dan kita adalah pilihan hidup dia.

No comments:

Post a Comment