malamku tidur x lena.. teringatkan dirimu.. terimbas kembali kenangan lalu.. alangkah indah bersamamu mengalir airmataku menenmani malam sepiku.. kurindu saat bersamamu.. sukarnya aku melupakan mu..
Monday, June 13, 2011
doaku................
hati...mengapa merasa sedih.....luka lama xpernah terubat... semakin sakit saat terjumpa dengannya. tapi masih ada perasaan yang x dapat kuungkapkan saat melihatnya. ya allah....tetapkanlah imanku. lupakanlah aku padanya...aku mohon.. xsanggup hati ini berlaku tidak adil pada lelaki yang begitu mencintaiku dan mempercayaiku di sana.... aku ingin menjadi yang terbaik untuknya... aku mendoakan yang terbaik buat si dia... moga dia lebih menghargai seorang perempuan selepas aku.
Monday, May 16, 2011
benarkah....
bermaknakah tiap baris kata-kata.....ataukah hanya di bibir saja
bersungguhkah rindu yang engkau pamirkan....ataukah sekadar lakonan...
rindu....telah melekat dalam hatiku walau awan lalu, rinduku x berubah.....arah
manisnya tiap bicara yang dilafazkan saat cinta mekar di hati kita...umpama....
cinta antara kita tiada perakhirnya, walau akhir usia kumencinta dirimu kuhanya menunggu
menyatakan cintaku...ku kan berjanji mencintamu sayang
sampaikan perbezaan yang ketara antara dua pasangan bercinta tidak lagi terlihat....
ku ke kiri, kau ke kanan,
ku dihapan, kau di belakang,
bila ku marah engkau ketawa
dengan selamba engkau berkata
kita berdua jauh berbeza
langit dan bumi
jauh serasi
kucintai mu, kau cintaiku, itu saja yang perlu kau dan kutahu
kuharap bicara cinta, kau cerita tentang bola
kuingin bersiar2, engkau baca surat khabar
bilaku ingin keluar, kau tertidur tidak sedar
kupulang rumah jam 3, kau mula cemburu buta.
hurm.....pastu bila hubungan mula bergoyang......mulalah nak salahkan cinta yang buta....
jika benar cinta itu buta, butakah mataku...
berkali terluka masih jua kumenunggu, apa yang inginkan cuma kejujuran dalam perhubungan
jika itu tiada apalah ertinya penantian ini hanya sia2.....
pastu merana punya merana...nangis2 kat dalam bilik sensorang...xpeduli orang lain
duk meratapi nasib diri yang baru mula nak bahagia..tetiba jadi camni
harapan hatiku ingin hidup bahgia,
tetapi mengapa sering saja hati ini di luka,
baruku cuba nak bercinta lalu engkau pon buat angkara,
mengapa mesti aku yang menjadi mangsa.....
buat apa nak sedih2 , merana, dok nangis2 bagai nak rak,
padahal dya kat sana dok suka2 bangga kita sedih sebab dia.....cubalah bahagiakan diri kita...
dunia ni belom berakhir lagi
dunia belom berakhir, bila kau putuskan aku....
masih banyak teman2 ku disini menemaniku
ku fikir...kufikir...lebih baik aku menyingkir....
kufikir...kufikir...lalalalalala...
sebab tu la.....kalau nak pilih teman hidup...pilih la yang sedang2....
aku cinta dia mak....aku sayang dia mak..
yang sedang2 saja yang penting dia setia. ^.^
n biarlah menerima dia apa adanya, yang mudah memahami serta menjaga perasaan pasangannya dengan baik..perkara lalu yang silam usah dikenang sekiranya dia telah berubah.
bak kata lirik lagu salju di danau rindu...
tak pernahku kesal...memilih dirimu,
biarpon kelam kalam masa silam,
bagiku kasih sayang satu anugerah
xternilai olehku....
benarlah katamu hidup penuh pura tetapi tidak pada diri ini
cintaku tulus suci yang lahir dari hati,
salju di danau rindu...
selalulah memelihara perasaan org kesayangan, sehingga x terbilang dgn jari dah berapa kali kita buat dia menangis....cakap menyesal...tapi next time bt lagi.....sampai kesetiaan dia tergugat bila dia jumpa yang lebih baik.
aku menyesal telah membuatmu menangis
dan biarkan memilih yang lain....
tulus dan ikhlaslah.....buat dia merasakan cinta...fuhh...mesti dia akan cinta anda selamanya....
yang tulus ikhlas ingin sekali sekala dirinya di belai,
walau hanya dengan dakapan di angin lalu,
yang memberi ingin sekali sekala jadi penerima,
cukup dengan salam dan manis doa...
aku ingin kau merasakan hebatnya cinta.......
dan leburkan saja serpihan calar derita.....
that right!!!!hurm...jadi lah pengubat bukan peracun, jadilah penghibur bukan pendengar sekadar....jadilah semangat bukan kata2 indah sahaja...
juga! mencari bukan dengan rupa tetapi agama jua di pandang ea ..sayang!bak lagu ziana zain..kalau mencari teman..
kalau mencari teman
berhati2 selalu, kaji asal usulnya jangan sampai terpedaya,
dari kau bercinta2 baiklah berumah tangga
kalau mencari teman janganlah memandang luaran cari yang beriman.....
that all....(^-^)

Monday, April 25, 2011
jalan hidup....planning
yang aku tahu sekarang aku nak abiskan diploma ni.. x kisah la aku terlebih satu sem pon aku dah xmau touching2, terasa hati or whateva dengan apa orang nak kata...like" ewww.....ksiannya", " la ye ker...sabar je la izz" or " tu lah izz sapa suh nak tunggu balak hang sangat"..... apa-apa ja lah. aku xkesah. yang nak hadap satu sem lagi tu aku bukan hampa2...
aku bertekad akan belajar bersungguh-sungguh sem hadapan walaupun cuma 2 paper ja lagi. aku akan cuba jadi cekal, tabah, sabar dan sebagainya demi meneruskan pembelajaran. aku dah x nak fikir apa orang kata... sebab pendapat manusia lain2. kalau dengan cakap mekome2 semua memang akan x tentu arah la hidup aku. kalau dah sorang ada 5 pendapat, kalau dah kawan2 aku smua ada 10 orang, dah ada 50 pendapat, kalau kawan2 aku ada 30 orang ...dah 150 pendapat...kalau lebih dari jumlah tu...kiralah semuanya berapa pendapat...kira sampai lebam. . so aku pon ambik keputusan untuk dengar kata hati aku ja...hati aku ada satu...kalau dengar cakap mata..mata ada dua....xtau lak ikut pendapat yang mana...%^&*( per aku dok merepek meqapu meqaban).
sem depan jugak bermulalah kehidupan aku sebagai seorang yang betol2 ke alam dewasa, ada rumah sendiri, nak kena fikir sal duit sewa nak kena bayar, bil api, bil air nak kena bayar, juga broadband yang aku rasa aku sendri cari penyakit nak kena bayar tiap2 bulan..waaaaaaaa... biar benar... memang aku kena tingkatkn usaha penjimatan mata wang malaysia mulai sem depan..sekali lagi...lebih jimat dari biasa. kalau selalu aku berjimat dengan hanya makan moi sup, lepas nih aku nak makan apa..kena mula berfikir start cuti sem ni.
calculation: duit subsidi makan = RM120 ( Sebulan) x 4
= RM480
duit ptptpu = RM2000(dah tolak duit yuran)
total yang aku ada untuk sem tu = RM2480
So, sekarang bayar sewa rumah = RM 175(seorang) +{RM 75 (sebulan) x 3}
= RM 400
andai kata bil api + air = RM 15.00(Seorang) x 3
= RM 45.00
broadband = RM 50 x 4
= RM 200
TOTAL PERBELANJAAN ASAS = RM 400 +RM 200+ RM 45.00
= RM 645.00
MAKNANYA TINGGAL BAKI = RM 1835 - RM 1000(kt bank lain tuk simpanan sem 7 nak g practikal)
JUMLAH YANG TINGGAL = RM 835
semua baki ni adalah untuk belanja buku
belanja alat tulis
belanja makan & minum
belanja topup
belanja minyak moto
NAMPAKNYA XMUNGKIN AKU LEH BELI KEMAHUAN AKU YANG LAIN DAH PASNI. INSYAALLAH DI BUKAKAN PINTU REZEKI DAN JALAN UNTUK HAMBA ALLAH INI.
SEMUA ORANG SELALU TANYA BERAPA AYAH KO KASI SEBULAN. MALANGNYA AKU X SEBERTUAH KORANG, AYAH AKU XKASI DUIT CAM AYAH KORANG KASI.. NAK TAU KENAPA?? PERGILAH TANYA DIA SENDIRI. AKU PON XTAHU. HURM..XPELAH..AKU SYUKUR DENGAN APA YANG ADA. PADA KAWAN2 YANG RASA AKU NI KEDEKUT OR SELEKEH COZ JARANG MAKAN KAT TEMPAT MAHAL2 CAM KORANG, SORRY LA, AKUNYER LIFE X MACAM KORANG..=)

abah...........kita
abah aku yang cerewet and garang gila....tapi aku yang degil ni x penah takut..huhu
tapi hati dia baik....aku tahu tu.
Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.. (sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)
Monday, March 28, 2011
hati aku sakit....semua turut anggota turut bersedih
bahagianya jika kita mampu melupakan kenangan lalu dengan hanya ketawa dan ketawa.. namun ketawa xmungkin sepanjang waktu, saat sendirian, ingatan mula memainkan memori lalu, yang indah yang pahit, namun ternyata yang memori indah bersama si dia yang bukan lagi milik diri ini lebih perit. hari yang di lalui hanya mampu menatap potretnya walau hakikatnya ia menyakitkan.. mengapa? aku sendiri tidak pasti, setiap kali menatap air mata tidak pernah jemu untuk menemani.. apakah ini? jiwa sengsara.. hanya allah yang tahu. di manakah bahagiaku ya allah. aku inginkan keredhaan MU. namun aku tidak cukup kuat untuk meneruskannya. aku melukakan hati sesorang tp percayalah...apabila ia bertemu sesorang yang lebih baik...ia akan lebih menghargai dan bahagia . AKU? jalan ceritaku tidak tahu bagaimana...biarlah aku sendiri membawa hati.
Friday, March 25, 2011
Sunday, March 13, 2011
bahagianya mereka....
cuti hujung munggu nih aku kt umah sepupu aku sowg nih...balik semata2 dia ja...sampai je sana trus bt keja...x rehat langsung...keletihan yang melampau..tp best. =) aku lah supervisor buat bunga telur, coklat kotak semua bagai. akulah penconteng inai kt tgn pengantin 2 org tuh. aku lah penghias pinggan mkanan pengntin...aku lah penghias tudung, mahkota n kain berjurai2 kat kepala sepupu aku tuh...hadoih dah cm mk andam dah..huhu...dan yang paling penting ku lah juga merangkap camera woman...lalala...gile x semua keja2 tuh..kira cam owg penting lah aku ni kan..wakaka.. tgk org kawin..tringt diri aku lak...hurm ..apa la nasib badan. pakwe xdak, yang ada pon samar2 ja...xmcm love aku bersungguh pon...aku cam barang permainan, xmolah aku jd camtu.. baik aku berdoa dan menanti ja. kalau2 ada yang nak masuk meminang, tu baru betul bersungguh2...confirm aku terima terus..!!..hehe.. (tergatal lak..dah2...xmo pkir..)
Berapa Ramai Lelaki Yang Boleh Menjadi Imam?
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! Berapa Ramai Lelaki Yang Boleh Menjadi Imam?
Saturday, March 5, 2011
life is beautiful when u know how to creat it
indahnya pelangi, indah lagi hidup ini. kit hanya merancang, tuhan menentukan. kita menginginkan kebahagian sepanjang masa namun allah berikan kesusahan dan ujian kerana tanpa kesusahan kita xkan bersyukur dengan kebahagiaan yang di beri. ada yang bercinta sebelum bernikah, tapi di hari pernikahan pengantin lelakinya insan lain bererti jodoh. allah berfirman " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. jadi bercinta sesama lelaki dan perempuan sekadar mengenali hati budi dan amalannya, bukan dengan menghalalkan yang haram. rencahnya hidup. pelbagai ragam, pelbagai cerita, pelbagai kisah silam...namun yang pasti allah yang satu
Tuesday, March 1, 2011
malas sedih2 dah
so kita happy2 plak...cerita sedih2, tacing2, sebek2, meluat2, cemuih2, and jiwang tu semua sesuai cerita malam2 ja. waktu tengah hari terik lagu nih, elok cerita yang happy2, yang leh happykan diri, kawan2 pon rasa bahagia, teman2 pon rasa lega, musuh2 pon jadi raksasa..entah apa2 ja aku meqeben.@#$%^&. semalam kul 5 p perda teman mai beli ikan untuk centerpieces sod dia. tp jam lima tu ikot plan la...padahal kul 6 baru bergerak p bus stop.. janji keling besa la..huhu. so kami pon menapak kat busstop tu selama 20 minit gak la...kalau jalan kaki pon bleh sampai kat poli dah la...tp untuk membanglakan diri 'bak kata mahzan' untuk nek bas yang selalunya mesti wajib akan ada bangla a.k.a pelanggan tetap bus rapid, kami pon tunggu la beramai2. aku rasa happy bangat coz dah lama x keluar ramai2 camtu. rasa cam satu famly. al-maklumlah sekarang member2 rapat dah ada kawan2 baru so, aku diketepikan...kenapalah nsib aku cenggini kan...xleh ka depa ketengahkan aku, kebelakangkan aku ka, kebawahkan aku ka, ke ataskan aku ka...adoi, atas bawah maksud dia dah macam pelik..haha..fullstop. sambung cita asal..aku x kisah pon sal kawan2 ada kawan2 baru ka hapa ka, janji hampa semua happy kawan2ku... kalau hampa happy akupon happy =) Bersama adik beradik aku tadi yang lima orang iaitu kak intan, ekin,su, lani and mai, kami pon nek bas reramai..konon2 kamilah bintang..then dah nek aku pon mengambil tempat duduk oku..nak rasa camna perasaan jd oku kalau dalam bas..haha. dah sampai kt destinasi iaitu kedai ikan kami pon serbu habis...semua buat perangai batak x penah tengok ikan..' yang ni cantik!....eh yang ni pon' itulah ayat yang sama berulang2 selama duk kat situ. setelah meyoppingkan mai, kami pon bergerak ke destinasi seterusnya nak beli balang ikan. tp di pertengahan jalan, su n ekin telah diculik oleh warung nasi lemak tepi jalan berdepan hotlink, di tepi kawasan tempat meletak kereta depan nashmir. (dah macam alamat dah..aku tulis) then kami berempat masih meneruskan perjalanan walaupon tanpa su n ekin di sisi..tp plan lani lak x menjadi, blueclue mak dia sal balang x mencapai goals kami..so berjalan lah lagi kami sampai ke eazy shop...akhirnya JENG JENG.... jumpa lah gelas kaca yang boleh la di buat balang letak ikan seluas untuk 2 ekor...walaupon agak x selesa oleh ikan tu coz selama ni dya idop kat dalam balang besar, tp dia harus belajar menerima sesuatu yang baru...rumah baru, dapat bini baru...n masa akan datang insyaallah anak2 yang comel2...semoga panjang umur ea ikan chumelll...! then malam nya kami makan berjemaah kat BM TOM YAM.. kaw2 punya tomyam..tgk restaurant tu teringat masa datang ngn din dulu( masa muda2) malu2 jerk coz baru couple berapa bulan..huhu..n mlm tuh dia hensome sangat2..hurm...kenangan manis kau dan aku x kan terhapus, duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia....sayang menyayang...cinta dikenang..perasaan menjadi rinduuuuuuuuuuuu...wowo...aduih..terkhayal seketika...bling2******
jejak kasih yang x dapat di lupakan.....
riak muka pelajar2 yang berjaya masuk AF15
MUKA sekda paling "wat2 chomel"
mai yang main gaya kapal terbang tengah2 melintas jalan raya.
sapa paling pulun wat cun, cer teka..cer teka...
melihat sambil melafazkan dialog yang diceritakan sebentar td.
muka mai tension coz dia terlepas cakap nk tolong bayarkan bil air.
kebonnnnncitannnnn ...terima la hakikat

nikah khitbah
muka tension coz handpone jadi hak milik mai....buat qeta....
gegeh2 dulu sebelom pi jadi budak baik...sambil tunggu lani dok make up..huhu
gegeh2 dulu sebelom pi jadi budak baik...sambil tunggu lani dok make up..huhu
mai nangis terharu dengar tentang perkahwinan...mengalirkan air mata buat kali yang ke- 217 pada malam sepanjang dengar ceramah tu
malam ahad ritu, aku and kak intan menyibukkan diri kami pergi dengar jeramah sal tajuk kat atas tu..hehe then plan memujuk mai g skali...kecek punya kecek...MISI BERJAYA! kami bertiga pon bersiap2 nak pegi. bila dah kunci umah untuk memastikan keselamatan isi2 dalam umah, balik plak satu makhluk allah lagi, lani...so jadilah berempat kami yang pergi tuh. ramai gler kot yg datang..mrntang2 lah soal nikah kawin kn...semua laju jer..haha..lumrah manusia. cuba kalau tajuknya korban hari raya or hukum berpuasa . aci potong bulu idung , confirm x ramai camtuh jemaahnya. huhu....tapi apa2 pon menyertai majlis ilmu itu adalah makanan rohani.. sesekali kena la menggiatkan diri yang x berapa giat tu...dimana ada kemahuan di situ ada kami kt ceramah.
Sunday, February 27, 2011
aku =) ~~~
aku dah diriku...
aku dah tenang...even aku dah sendiri, xder tempat mencurah sayang n manje2,
aku stil leh kawal diri. mmg rasa rindu tu ada, sayang lgilah xkan berkurang...tp aku cuba bertahan.
jadi seorang perempuan yang ada tatasusila kemelayuan.. yang ada perasaan malu, x terhegeh2.. aku nak belajar jadi seorang perempuan yang matang. wlau hati berontak untuk membetulkan hubungan sekarang tp biarlah ia terjadi secara neutral bukan kerana aku yang mncari dia memohon maaf sebab sampai bila aku ja yang akan mempertahankan hubungan nih. semua terserah pada takdir dan masa yang menentukan. dan semua bergantung pendirian dan kehendak dia. kalau dia masih menginginkn aku pasti dia akan mencari aku and cuba memiliki hatiku semula walau bagaimana cara pon, bak kata teman baikku.
so, iz teruskan ja lah hidup kau seperti seorang perempuan biasa yang x punya apa2...thats all.

Friday, February 25, 2011
aku...
aku hipokrit kah sekrg....
aku senyum palsukah..
aku ketawakah...
aku gembirakah...
aku bahagiakah...
aku siapa...?
aku alone now..
nobody want me..
i'm nothing...
hati aku pedih..
jiwa aku sakit..
akal aku mendiam untuk waktu yang lama..
kenapa???kerana cinta? kerana cinta aku menanggis. setiap malam..setiap waktu..aku sayang dia...tp aku terpaksa tahan hati aku, rindunya ya allah saat melihatnya di depan mata...inginku peluk tp x sampai. aku bukan miliknya dan dia bukan kepunyaanku. pedihnya menerima semua itu. hati yang menangis dilindungi dengan ketawa yang dicipta.bingung..ya allah, napa dia sentiasa berdiam sekarang..kemana hilang senyumannya, tawanya....tidak bahagiakah dia dengan kebebasan ini...aku lepaskan dia pergi supaya tidak terikat dengan aku lagi...boleh buat apa saja sesuka hatinya, membuat keputusannya sendiri tanpa perlu ditentang aku.. aku xsuka itu dan ini.. aku x suka dia merokok, aku x suka dia nampak selekeh, aku xsuka dia dia direndah2kan oleh kawan2ku, aku x suka teman perempuan mendekatinya, terasa bagai aku ingin memeluknya supaya jangan pergi dari aku lagi tp siapalah aku....perpisahan yang kupinta diterimanya dengan rela hati...pasti dia juga sudah tidak merasa bahagia denganku.. aku pasrah dengan ketentuan-Mu. pergilah sayang...

Friday, February 18, 2011
SUAMI MITHALI IDAMAN ISTERI
Ramai wanita mengimpikan suami seperti ini?SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, ber syukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Thursday, February 17, 2011
bagai retak menanti belah
itulah ungkapan yang sesuai untuk situasi sekarang. tak tahu di mana silapnya. xtahu di mana kurangnya...x tahu apa seterusnya. perpisahan mungkin pengakhirannya. bertawakal.....itu sahaja yang mampu ku lakukan sekarang, setelah pelbagai usaha di lakukan. kerap kali hal ini di bincangkan namun tiada kesudahan. hati yang sering kerisauan kini mulai diam, hilang pengharaban menanti sesuatu yang x pasti. mulai pasrah dengan ketentuan ilahi. andai berpisah terbaik jalannya. berarti tiada jodoh. usah bersedih, tersenyumlah wanita sekurang2nya dia pernah hadir dalam hidupmu membuat kau rasa di sayangi walaupun hanya seketika. FULLSTOP.
Tuesday, February 1, 2011
bla...akuh duduk sorang2,aku mula berangan yang bukan2. aku terbayang kalau lah di takdirkan orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku selamanya. terutama dia yang baru hadir dalam hidupku. menjadi sebahagian dari diriku. menjadi orang kedua paling penting dalam hidupku selain makabah. kalaulah ditakdirkan dia pergi atas sebab2 yang tidak dapat dielak. aku tak akan bersedih dan menangis, tapi aku bersyukur dapat mengenalinya dan menjadi temannya dikala susahnya dahulu, dan aku tidak akan membencinya kerana sekurang2nya dia pernah membuat aku bahagia. mungkin aku akan menjadi teman setia lagu yang digurindamkan p.ramlee...sekarang aku mampu mengikut lagu itu dengan perasaan damai di hati namun jika anganku menjadi benar mungkin aku hanya mendengar lagu itu dengan sayunya hati,tiada lagi merdu iramanya, tiada lagi damai d hati, tiada manis gurindamnya ...
roomate akuh bertukar!
servis bertukar tangan..haha....roomate akuh dah bertukar sem nih...nasib aku slalu cm gini kan...selalu dapat roomate yang bkn classmate...paham x???ha??pham kan....roomate aku sem ni still sama, budak mechi....bdak mekanikal dalam bahasa ibuda nya...huhu..tp apa2 pon best jer...bdak2 nih satu kepala bleh masuk...ramah jugak lah....boleh diharap untuk jadi pengikut akuh...haha...semua muda dari akuh...so senier la akuh ni dalm umah tuh...wawahwah...(gelak nak membuli).. ceh tapi jgn wisau adek2 kuh...akak ni xlah sekejam mana...sopan santun orangnya...hihi...bak kata en.saifuddin aku mmg perasan...=)..rumah tu sepatutnya kena muat 8 orang.. tp entah kemana lg 3 org...so yg aku tahu bdak umah aku lani, ekin, mai, and ana(oppss terlupa lak dia ni sma umur ngn aku..n lbih senier dr aku part6 hahaha....) and the last one kak intan yang selaku menumpang umah tu coz aku paksa dia duk ngan aku haha....bkn per sian lak dia duk jauh nun d blok A...so aku sebagai manusia yg berkeperimanusiaan melahirkan rasa kasih aku sesama manusia dgn membenarkan dia duk sebilik ngn akuh...roomate akuh pon suma x kisah...so..kami pon hidup bahagia...happy ending.
kepada adek2 akak iz, belajar leklok ea korang...jgn jd cam kak izz, tmbah lg satu sem semata2 berkorban tuk org len...sayang diri sendiri dulu...bru syg org lain k....anything happen, i'm never feel sorry about what i have been doing. i will survival.

Saturday, January 29, 2011
budak sekolah sekarang memang patut
oh!! teknik pelajar elak lewat datang ke sekolah patut apa???patut belajar berdisiplin...ini makin besar panjang makin mengada2....bangun pagi pon nak mak kejutkan..camna nak belajar berdikari..ada setengah manusia nak pegi sekolah pagi2 buta tapi mak yg kena prepare sume benda, stokin la,baju kena ironkan la, jadual sekolah kena mak yang kelaskan buku...sampai benda nak pakai kt dalam pon mak yang sediakan...memang betul2 manja..memang muka lapar penampar ar org camni..tapi kasih ibu sampai ke syurga kan...sabar ja ngan kerenah anak2, walaupon anak2 mencecah sepuluh orang... seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak...tapi sepuluh anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu..right? so...aku rasa untuk mendisiplin kan diri yang liat bagaikan lepat liat nak bangun tidur..and sometime selalu bagi alasan lewat sebab x dengar bunyi loceng berbunyi...buatlah cam gambar kat laman web oh tidak ni...komporm bangun kalu x bangun gak...terpaksalah ahli keluarga duduk sekeliling dia baca surah yasin....
Wednesday, December 29, 2010
artikel untuk ku..
tekanan yg di mksudkan disini mrupakan stu prasaan yg brsarang di jiwa, yg mnyakitkan serta mmberi kesan psikologi da juga fizikal. tekanan prasaan bleh mmbawa kemudaratan pd ksihatan dan mngganggu sistem pertahanan bdn. seseorang yg mngalami tekanan yg tinggi spanjang hayat didapati mati lebih cpat berbanding org kurang tekanannya. tekanan bnyak mmbawa kesan buruk sekiranya tdk dapat diatasi dngn baik.
namun bgitu, tekanan sngt pnting dlm mmbawa seseorng mnuju objektif yg tersendiri. apabila wujudnya tekanan maka akan berlaku nya pergerakan. tekanan di jiwa mndorang seseorng brtindak dgn agresif, jd tekanan itu perlu di kawal supaya tdk di salurkan dgn cara yg salah. bunuh diri mrupakan salah satu punca tekanan tdk terkawal. misalnya apabila seseorang itu tertekan krana dimarahi majikan atau boss maka beliau mmpunyai dua cra mngurus tekanan emosi, samada mmberontak dgn kekerasan yg akn mgakibatkan dibuang kerja atau mngawal prasaan dngn mnimbulkan pemikiran yg positif yg mmbolehkan pembetulan teknik bekerja sterusnya mnjadi seorng yg lebih produktif. tekanan juga adalah mekanisme penting dlm mematangkan pmikiran seseorang dlm mmbentuk kualiti diri mlaluio pnygalaman hidup.
tekanan juga sangt penting dlm mnggerak kan jentera berat. begitu juga dngn psikologi manusia, seseorng hanya akn bertungkus lumus apabila wujudnya tekanan, sehingga trcapainya objektif. namun begitu, ramai yg tdk tahan dgn tekanan2 ini dn mncari jalan singkat untk mlepaskannya. kesedaran terhadap pengurusan emosi adala sngt penting dlm mnempuh liku2 khidupan apatah lg pd hri ini kita dilanda pelbagai tekanan dr sgala segi. langkah yg paling bijak adalah wujudkan pmikiran positf dlm diri, dngn mlihat segala sudut dan mncari jalan yg btol.
sikap trburu2 hanya akn mgundang padah dn mmbawa pnyesalan.
kesimpulannya, tekanan perlu diatasi dngn ketenangn dan kesabaran. setiap tindakan mesti lah berlandaskan akal dan bukannya perasaan.
ikut hati, mmbawa mati,
ikut rasa, mmbawa binasa,
"ribut taufan yg setiasa mmbuatkan kita brjaga2 adalah lebih baik dr angin lembut yg sentiasa mmbuatkan kita terlena"

Subscribe to:
Posts (Atom)