Monday, March 28, 2011

hati aku sakit....semua turut anggota turut bersedih

bahagianya jika kita mampu melupakan kenangan lalu dengan hanya ketawa dan ketawa.. namun ketawa xmungkin sepanjang waktu, saat sendirian, ingatan mula memainkan memori lalu, yang indah yang pahit, namun ternyata yang memori indah bersama si dia yang bukan lagi milik diri ini lebih perit. hari yang di lalui hanya mampu menatap potretnya walau hakikatnya ia menyakitkan.. mengapa? aku sendiri tidak pasti, setiap kali menatap air mata tidak pernah jemu untuk menemani.. apakah ini? jiwa sengsara.. hanya allah yang tahu. di manakah bahagiaku ya allah. aku inginkan keredhaan MU. namun aku tidak cukup kuat untuk meneruskannya. aku melukakan hati sesorang tp percayalah...apabila ia bertemu sesorang yang lebih baik...ia akan lebih menghargai dan bahagia . AKU? jalan ceritaku tidak tahu bagaimana...biarlah aku sendiri membawa hati.

Friday, March 25, 2011

sendu dihatimu rindu di hati ku..

hurm.. lagu ni di tujukan khas tuk si mawar putih..

Sunday, March 13, 2011

bahagianya mereka....

cuti hujung munggu nih aku kt umah sepupu aku sowg nih...balik semata2 dia ja...sampai je sana trus bt keja...x rehat langsung...keletihan yang melampau..tp best. =) aku lah supervisor buat bunga telur, coklat kotak semua bagai. akulah penconteng inai kt tgn pengantin 2 org tuh. aku lah penghias pinggan mkanan pengntin...aku lah penghias tudung, mahkota n kain berjurai2 kat kepala sepupu aku tuh...hadoih dah cm mk andam dah..huhu...dan yang paling penting ku lah juga merangkap camera woman...lalala...gile x semua keja2 tuh..kira cam owg penting lah aku ni kan..wakaka.. tgk org kawin..tringt diri aku lak...hurm ..apa la nasib badan. pakwe xdak, yang ada pon samar2 ja...xmcm love aku bersungguh pon...aku cam barang permainan, xmolah aku jd camtu.. baik aku berdoa dan menanti ja. kalau2 ada yang nak masuk meminang, tu baru betul bersungguh2...confirm aku terima terus..!!..hehe.. (tergatal lak..dah2...xmo pkir..)


Berapa Ramai Lelaki Yang Boleh Menjadi Imam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! Berapa Ramai Lelaki Yang Boleh Menjadi Imam?

Saturday, March 5, 2011

life is beautiful when u know how to creat it

indahnya pelangi, indah lagi hidup ini. kit hanya merancang, tuhan menentukan. kita menginginkan kebahagian sepanjang masa namun allah berikan kesusahan dan ujian kerana tanpa kesusahan kita xkan bersyukur dengan kebahagiaan yang di beri. ada yang bercinta sebelum bernikah, tapi di hari pernikahan pengantin lelakinya insan lain bererti jodoh. allah berfirman "  Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. jadi bercinta sesama lelaki dan perempuan sekadar mengenali hati budi dan amalannya, bukan dengan menghalalkan yang haram. rencahnya hidup. pelbagai ragam, pelbagai cerita, pelbagai kisah silam...namun yang pasti allah yang satu

Tuesday, March 1, 2011

malas sedih2 dah

so kita happy2 plak...cerita sedih2, tacing2, sebek2, meluat2, cemuih2, and jiwang tu semua sesuai cerita malam2 ja. waktu tengah hari terik lagu nih, elok cerita yang happy2, yang leh happykan diri, kawan2 pon rasa bahagia, teman2 pon rasa lega, musuh2 pon jadi raksasa..entah apa2 ja aku meqeben.@#$%^&. semalam kul 5 p perda teman mai beli ikan untuk centerpieces sod dia. tp jam lima tu ikot plan la...padahal kul 6 baru bergerak p bus stop.. janji keling besa la..huhu. so kami pon menapak kat busstop tu selama 20 minit gak la...kalau jalan kaki pon bleh sampai kat poli dah la...tp untuk membanglakan diri 'bak kata mahzan' untuk nek bas yang selalunya mesti wajib akan ada bangla a.k.a pelanggan tetap bus rapid, kami pon tunggu la beramai2. aku rasa happy bangat coz dah lama x keluar ramai2 camtu. rasa cam satu famly. al-maklumlah sekarang member2 rapat dah ada kawan2 baru so, aku diketepikan...kenapalah nsib aku cenggini kan...xleh ka depa ketengahkan aku, kebelakangkan aku ka, kebawahkan aku ka, ke ataskan aku ka...adoi, atas bawah maksud dia dah macam pelik..haha..fullstop. sambung cita asal..aku x kisah pon sal kawan2 ada kawan2 baru ka hapa ka, janji hampa semua happy kawan2ku... kalau hampa happy akupon happy =) Bersama adik beradik aku tadi yang lima orang iaitu kak intan, ekin,su, lani and mai, kami pon nek bas reramai..konon2 kamilah bintang..then dah nek aku pon mengambil tempat duduk oku..nak rasa camna perasaan jd oku kalau dalam bas..haha. dah sampai kt destinasi iaitu kedai ikan kami pon serbu habis...semua buat perangai batak x penah tengok ikan..' yang ni cantik!....eh yang ni pon' itulah ayat yang sama berulang2 selama duk kat situ. setelah meyoppingkan mai, kami pon bergerak ke destinasi seterusnya nak beli balang ikan. tp di pertengahan jalan, su n ekin telah diculik oleh warung nasi lemak tepi jalan berdepan hotlink, di tepi kawasan tempat meletak kereta depan nashmir. (dah macam alamat dah..aku tulis) then kami berempat masih meneruskan perjalanan walaupon tanpa su n ekin di sisi..tp plan lani lak x menjadi, blueclue mak dia sal balang x mencapai goals kami..so berjalan lah lagi kami sampai ke eazy shop...akhirnya JENG JENG.... jumpa lah gelas kaca yang boleh la di buat balang letak ikan seluas untuk 2 ekor...walaupon agak x selesa oleh ikan tu coz selama ni dya idop kat dalam balang besar, tp dia harus belajar menerima sesuatu yang baru...rumah baru, dapat bini baru...n masa akan datang insyaallah anak2 yang comel2...semoga panjang umur ea ikan chumelll...! then malam nya kami makan berjemaah kat BM TOM YAM.. kaw2 punya tomyam..tgk restaurant tu teringat masa datang ngn din dulu( masa muda2) malu2 jerk coz baru couple berapa bulan..huhu..n mlm tuh dia hensome sangat2..hurm...kenangan manis kau dan aku x kan terhapus, duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia....sayang menyayang...cinta dikenang..perasaan menjadi rinduuuuuuuuuuuu...wowo...aduih..terkhayal seketika...bling2******
 jejak kasih yang x dapat di lupakan.....
riak muka pelajar2 yang berjaya masuk AF15
 MUKA sekda paling "wat2 chomel"
 mai yang main gaya kapal terbang tengah2 melintas jalan raya.
 sapa paling pulun wat cun, cer teka..cer teka...
 melihat sambil melafazkan dialog yang diceritakan sebentar td.
 muka mai tension coz dia terlepas cakap nk tolong bayarkan bil air.
kebonnnnncitannnnn ...terima la hakikat

nikah khitbah

                                    muka tension coz handpone jadi hak milik mai....buat qeta....
                   gegeh2 dulu sebelom pi jadi budak baik...sambil tunggu lani dok make up..huhu
mai nangis terharu dengar tentang perkahwinan...mengalirkan air mata buat kali yang ke- 217 pada malam sepanjang dengar ceramah tu
malam ahad ritu, aku and kak intan menyibukkan diri kami pergi dengar jeramah sal tajuk kat atas tu..hehe then plan memujuk mai g skali...kecek punya kecek...MISI BERJAYA! kami bertiga pon bersiap2 nak pegi. bila dah kunci umah untuk memastikan keselamatan isi2 dalam umah, balik plak satu makhluk allah lagi, lani...so jadilah berempat kami yang pergi tuh. ramai gler kot yg datang..mrntang2 lah soal nikah kawin kn...semua laju jer..haha..lumrah manusia. cuba kalau tajuknya korban hari raya or hukum berpuasa . aci potong bulu idung , confirm x ramai camtuh jemaahnya. huhu....tapi apa2 pon menyertai majlis ilmu itu adalah makanan rohani.. sesekali kena la menggiatkan diri yang x berapa giat tu...dimana ada kemahuan di situ ada kami kt ceramah.