Monday, March 2, 2009

penat+lenguh+stress+muak= kitchen



aku budak kitchen,aku budak suka masak-masak,aku budak suka ambik tahu,aku budak banyak cakap,aku budak baru belajar=biul,aku budak blurrr....
hari ni aku kelas kitchen. seperti selalu hariku amatlah letih. mau taknya,kehulu kehilir dalam dapur,berlari ambik itu,terkedek-kedek ambik ini demi memenuhi permintaan chef yang amat dihormatiku itu. kejap nak tray,kjap nak shinhua,kjap nak spoon,kjap nak pot,kjap pisau,tuala, bowl....semua dia mintak harus kami tunaikan walaupun adakalanya kami pon tak tahu apa yang dia mintak...huhu,hantam sajalah labu.
sesungguhnya aku amatlah lenguh,terasa kaki aku ni macam di hempap kayu balak . dah nama pun budak kitchen so mana ada budak kitchen buat kerja duduk.....boleh bayangkan kami berdiri untuk 4 jam tanpa duduk ???? sesungguhnya menjadi budak culinary memerlukan stamina yang kuat...insyaallah tahan...macam guwe..almaklumlah aku ni mantan PLKN,jadi pengalaman mengajar aku erti hidup. hari ni aku masak potato...semua masakan yang kami sediakan berasaskan potato. dan aku seperti biasalah,mana aku makan makanan ala-ala western nih....sedap lagi sambal belacan makan dengan nasi,tambah pulak telur masin...fuhh,melecur air liur guwe dong....ni yang wat aku rindu kampung halaman nih.....T.T
setiap kali kat kitchen hanya satu yang aku nantikan, AIR SARSI yang sejuk lagi menyegarkan.....aku amat nantikan saat-saat itu...huhuhu...ye lah,setelah penat dibuli oleh chef adi,amatlah penting air bagi aku untuk menambah tenaga untuk aku melawan cakap dia. aku ni memang telah di cop WAnTED oleh chef adi.
hal ini demikian kerana, setiap statement yang keluar dari mulut dia,ada saja yang aku bangkang...but today aku memang kena kaw-kaw ngan orang tua tu. alah aku nih memang kaki tido kat kelas dia pon..cam tak paham lak. boleh dia cakap masuk ni dah 5 minggu dia tengok aku asyik panjing ikan ja dalam kelas teori dia....dalam erti kata lain tido ar wei...hakalah...rilex ar chef,walaupon mata saye yang rabun nih tertutup tak semestinya telinga pon tertutup....mende la chef...lepas dia sound aku,trus pas tu aku tak tido dah...setiap soalan dia cepat ja aku jawab.....terpegun dia dengan kehebatan aku ni,,,hahaha...tu lah chef tengok sikit ni anak cucu keturunan haji Ya....jangan wat main...
okeh la sampai di sini la sahaja cerita aku dan makhluk2 kat dapur,bersama chefku yang aku SAYANG.....i lap u la chef..huh...(ikhlas ni weh)hoho...

No comments:

Post a Comment